- (b) selepas tidak dibenarkan masuk ke dalam suatu tren kereta api oleh seorang pegawai kereta api, oleh sebab tren kereta api itu penuh, namun berkeras untuk memasuki atau cuba untuk memasuki tren kereta api itu; atau
- (c) setelah menaiki suatu tren kereta api di mana-mana tempat dan setelah diminta oleh seorang pegawai kereta api, oleh sebab tren kereta api itu penuh, supaya meninggalkan tren kereta api itu sebelum tren kereta api itu meninggalkan tempat itu, tidak mematuhi permintaan itu,
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit dan, sebagai tambahan, boleh dikeluarkan dari tren kereta api itu oleh mana-mana pegawai kereta api.
Menceroboh kereta api atau premis kereta api
126. Mana-mana orang yang menceroboh suatu kereta api atau mana-mana premis kereta api melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit dan, jika mana-mana orang sedemikian enggan untuk meninggalkan kereta api atau premis kereta api itu apabila diminta untuk berbuat demikian oleh pegawai kereta api, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit, dan boleh dikeluarkan dengan serta-merta dari kereta api atau premis kereta api itu.
Memandu apa-apa kenderaan atau menghalau mana-mana haiwan ke atas atau melintasi landasan kereta api
127. Mana-mana orang yang dengan sengaja menunggang, membawa, atau memandu atau menghalau ke atas atau melintasi suatu landasan kereta api apa-apa kenderaan atau haiwan, kecuali apabila secara langsung melintasi landasan kereta api di mana-mana jalan atau tempat yang ditentukan bagi maksud itu pada masa yang dia boleh berbuat demikian dengan sah, melakukan suatu kesalahan dan boleh,