Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—
- (a) tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen vokasional atas alasan kemungkiran mana-mana syarat lesen vokasional itu melainkan jika ia berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen vokasional suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa disebabkan kekerapan kemungkiran itu, atau kemungkiran itu dilakukan dengan sengaja atau bahaya kepada orang awam yang terlibat dalam kemungkiran itu, lesen vokasional itu patut dibatalkan atau digantung; atau
- (b) tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen vokasional atas alasan selain alasan yang dinyatakan dalam perenggan (a), melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi pemegang lesen vokasional suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen vokasional itu patut dibatalkan atau digantung.
(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya
Pengendali berlesen hendaklah mengambil kerja orang yang mempunyai lesen vokasional
116. (1) Tiada pengendali berlesen di bawah Bahagian ini boleh mengambil kerja atau membenarkan mana-mana orang yang tidak memegang lesen vokasional yang dikeluarkan di bawah seksyen 115 untuk memandu sesuatu tren kereta api.
(2) Seseorang pengendali berlesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.