Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/141

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
141


(3) Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu terus dilakukan dari tarikh pengendali berlesen itu dikehendaki supaya mengemukakan maklumat di bawah subseksyen (1).

Kemudahan lalu lintas

114. Tiap-tiap pengendali berlesen hendaklah mengadakan segala kemudahan yang munasabah bagi menerima, menghantar dan menghantar serah lalu lintas di atas kereta api.

Bab 6
Lesen vokasional

Lesen vokasional bagi pemandu tren kereta api

115. (1) Tiada seorang pun boleh memandu sesuatu tren kereta api melainkan jika dia memegang suatu lesen vokasional yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut pada mana-mana lesen vokasional yang dikeluarkan di bawah seksyen ini dan pemegang mana-mana lesen vokasional hendaklah mematuhi semua syarat itu.

(3) Sesuatu lesen vokasional boleh pada bila-bila masa dibatalkan atau digantung oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atas alasan bahawa, oleh sebab kelakuan atau ketidakupayaan fizikalnya, pemegang itu bukan seorang yang patut dan sesuai untuk memegang lesen itu atau sekiranya berlaku kemungkiran mana-mana syarat lesen vokasional itu: