Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/139

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
139

yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tm).

(5) Maklumat yang dikehendaki supaya dikemukakan oleh seorang pengendali berlesen kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen ini termasuk maklumat yang, walaupun maklumat itu bukan dalam milikan pengendali berlesen itu atau selainnya tidak akan berada dalam milikan pengendali berlesen itu, ialah maklumat yang semunasabahnya pengendali berlesen boleh dikehendaki untuk mendapatkan atau mengumpulkannya.

(6) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menghendaki seorang pengendali berlesen untuk melantik, dengan kos ditanggung oleh pengendali berlesen itu, seorang pakar bebas dengan kelayakan yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, untuk menjalankan suatu audit atau mengkaji semula mana-mana maklumat yang dikehendaki supaya dikemukakan oleh pengendali berlesen kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen ini, tetapi pelantikan dan laporan pakar bebas itu tidak akan melepaskan atau mengurangkan dalam apa jua cara tanggungan pengendali berlesen itu di bawah seksyen ini.

(7) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau pegawai pengangkutan awam darat boleh, pada bila-bila masa, sebagaimana yang difikirkannya perlu, menjalankan suatu audit terhadap perniagaan dan aktiviti pengendali berlesen dan pengendali berlesen itu hendaklah mengambil segala langkah yang perlu, dengan kos ditanggung olehnya sendiri, untuk membantu dan memudahkan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau pegawai pengangkutan awam darat dalam menjalankan audit itu, termasuk memberi mereka akses kepada premisnya dan dokumentasi dan maklumatnya.

(8) Seorang pengendali berlesen yang—

(a) tidak memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen ini; atau
(b) enggan untuk membantu atau memudahkan, atau menghalang, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat