Laman ini telah dibaca pruf
138
Undang-Undang Malaysia
Akta 715
- (c) suatu penyata yang menjadualkan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan oleh pengendali berlesen itu dan pekerjanya dan orang awam berkaitan dengan atau berhubungan dengan operasi kereta api itu.
(3) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menghendaki seseorang pengendali berlesen supaya mengemukakan kepadanya berkenaan dengan apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—
- (a) apa-apa maklumat yang berhubungan dengan penyenggaraan terminal oleh pengendali berlesen yang dalam milikan atau di bawah kawalan pengendali berlesen itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subperenggan 252(1)(tb)(i), termasuk kekerapan penyenggaraan terminal itu;
- (b) apa-apa maklumat statistik yang berhubungan dengan operasi pengendali berlesen itu;
- (c) ramalannya mengenai penumpang atau barangan dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; dan
- (d) rancangan pembangunan masa hadapan yang berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan yang pengendali berlesen itu terikat untuk mengadakan di bawah syarat lesen pengendali itu.
(4) Maklumat yang dikehendaki di bawah seksyen ini hendaklah dikemukakan dalam apa-apa bentuk dan mengikut apa-apa cara, pada apa-apa lat tempoh dan hendaklah disertai atau ditambahkan dengan apa-apa penjelasan dan dokumen sokongan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau