(b) memperuntukkan mengenai hal keadaan yang dalamnya seorang pengendali berlesen boleh dikecualikan daripada mematuhi standard prestasi itu.
Pengemukaan laporan, akaun, dsb.
112. (1) Tanpa menjejaskan seksyen 207, seorang pengendali berlesen hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat segala maklumat yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang—
- (a) berkaitan dengan penjalanan oleh pengendali berlesen akan aktiviti berlesennya; atau
- (b) adalah material bagi penjalanan oleh Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat akan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini, sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tm).
(2) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), seorang pengendali berlesen hendaklah, dalam tempoh tiga bulan selepas berakhirnya tahun kewangan pengendali berlesen itu atau apa-apa tempoh lanjut yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, mengemukakan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—
- (a) suatu laporan mengenai operasinya dalam tahun kewangan itu yang mengandungi apa-apa maklumat yang perlu untuk membolehkan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat menilai tahap pematuhan oleh pengendali berlesen itu akan standard prestasi dan kawal seliaan dan juga keterangan yang memuaskan mengenai pematuhan syarat lesen pengendali itu;
- (b) kunci kira-kira tahunan terauditnya, akaun untung dan ruginya, berserta dengan apa-apa notis mengenainya, dan laporan juruauditnya dan, jika berkenaan, pengarahnya; dan