disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan boleh, sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan selepas suatu notis bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat yang menghendakinya supaya memberhentikan perbuatan yang dinyatakan dalam notis itu telah disampaikan kepada pengendali berlesen itu.
Bab 5
Kewajipan pengendali berlesen
Kewajipan pengendali berlesen
110. Menjadi kewajipan tiap-tiap pengendali berlesen—
- (a) untuk mengadakan perkhidmatan dan kemudahan kereta api yang dinyatakan dalam lesen pengendalinya ke takat yang perlu bagi pengendali berlesen itu memenuhi apa-apa standard prestasi yang ditetapkan; dan
- (b) untuk membangunkan dan menyenggarakan suatu sistem kereta api yang cekap.
Standard prestasi
111. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan mengenai standard prestasi yang berkaitan dengan pengadaan perkhidmatan dan kemudahan kereta api yang, pada pendapatnya, patut dicapai oleh pengendali berlesen itu.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh—
- (a) membuat peruntukan mengenai tatacara yang hendaklah diikuti bagi penguatkuasaan standard prestasi; dan