Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/135

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
135


(2) Sesuatu stok kereta yang diarahkan supaya diberhentikan penggunaannya di bawah seksyen 106 tidak boleh digunakan sehingga ia diperiksa dan diperakui sebagai layak untuk digunakan oleh orang yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan Menteri telah meluluskan penggunaannya.

Pembukaan semula landasan kereta api selepas penggantungan sementara

108. Apabila suatu kemalangan telah berlaku di atas suatu kereta api atau suatu landasan kereta api yang mengakibatkan penggantungan sementara lalu lintas, dan landasan kereta api atau kerja-kerja asal telah dipulihkan dengan segera kepada standard asalnya atau suatu pelencongan sementara telah dibentangkan bagi maksud memulihkan perhubungan, landasan kereta api dan kerja-kerja asal yang dipulihkan sedemikian boleh dibuka semula atau pelencongan sementara itu dibuka, mengikut mana-mana yang berkenaan, tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a) bahawa pegawai kereta api yang dipertanggungkan bagi kerja-kerja yang diusahakan disebabkan oleh kemalangan itu telah memperakui secara bertulis bahawa pembukaan semula landasan kereta api dan kerja-kerja yang dipulihkan itu atau pembukaan pelencongan sementara itu tidak akan, pada pendapatnya, menyebabkan apa-apa bahaya kepada orang awam atau kerosakan kepada barangan yang dibawa di atas landasan kereta api itu; dan
(b) bahawa notis bertulis mengenai pembukaan semula landasan kereta api dan kerja-kerja itu atau pembukaan pelencongan sementara itu telah dihantar kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

Penalti am kerana tidak mematuhi Bab 4 Bahagian IV

109. Seseorang pengendali berlesen yang melanggar mana mana peruntukan Bab ini melakukan suatu kesalahan dan, jika tiada penalti khas diperuntukkan secara nyata dalam Bab ini, boleh, apabila