berlesen itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengendalikan perkhidmatan kereta api pengendali berlesen itu; atau
- (c) jika ia berpuas hati bahawa kereta api yang digunakan
berkaitan dengan lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini, telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bahawa maksud asal yang baginya lesen pengendali itu dikeluarkan tidak lagi wujud:
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat tidak akan membatalkan atau menggantung lesen pengendali melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi peluang kepada pengendali berlesen itu untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen pengendali itu patut dibatalkan atau digantung.
(7) Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif dan tiada pampasan boleh kena dibayar kepada pengendali berlesen itu berkenaan dengan apa-apa tindakan yang diambil secara sah terhadapnya di bawah seksyen ini.
(8) Jika suatu lesen pengendali—
- (a) telah dibatalkan, lesen pengendali itu tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan itu dan pengendali berlesen itu hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen pengendali itu mengembalikan lesen pengendali itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; atau
- (b) telah digantung, ia tidak mempunyai kuat kuasa dalam tempoh penggantungan itu.
(9) Seseorang pengendali berlesen yang lesen pengendalinya telah digantung di bawah seksyen ini tidak boleh, dalam tempoh penggantungan itu, mengendalikan kereta api yang dibenarkan oleh lesen pengendali itu.