Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/132

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
132
Undang-Undang Malaysia
Akta 715

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk memberi pengendali berlesen itu suatu notis bertulis yang menyatakan bahawa ia bercadang untuk membatalkan atau menggantung, mengikut mana-mana yang berkenaan, lesen pengendalinya dan notis itu hendaklah juga menyenaraikan atau menyatakan—

(a) syarat lesen pengendali itu atau peruntukan yang dilanggar oleh pengendali berlesen itu dan perbuatan atau peninggalan yang menjadi pelanggaran itu; dan
(b) tempoh, yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu, yang dalamnya pengendali berlesen itu boleh membuat representasi berkenaan dengan pembatalan atau penggantungan yang dicadangkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4) Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan setelah menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pengendali berlesen itu dan apa-apa syor yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Menteri hendaklah memutuskan sama ada untuk meneruskan dengan tindakan yang dicadangkan itu atau untuk tidak mengambil apa-apa tindakan seterusnya.

(5) Sesuatu notis hendaklah diberikan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat kepada pengendali berlesen itu mengenai keputusan Menteri dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang notis itu disampaikan kepada pengendali berlesen itu.

(6) Sebagai tambahan kepada kuasanya di bawah subseksyen yang terdahulu, Menteri boleh, melalui notis bertulis, membatalkan atau menggantung suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini—

(a) jika pengeluaran lesen pengendali itu didorong oleh representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pengendali berlesen itu;
(b) sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, likuidasi, pengendali