Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/131

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
131

yang diluluskan di bawah seksyen 86, yang ditetapkan sebagai terpakai bagi maksud seksyen ini.

(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pembatalan atau penggantungan lesen pengendali

104. (1) Jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpuas hati bahawa seorang pengendali berlesen melanggar, atau telah melanggar dan berkemungkinan akan melanggar sekali lagi, mana-mana syarat lesen pengendalinya atau mana-mana peruntukan Bahagian ini atau perundangan subsidiari yang dibuat berkaitan dengannya yang mengenakan obligasi, kewajipan atau tanggungjawab terhadapnya, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh memberikan suatu notis bertulis kepada pengendali berlesen itu yang menghendaki supaya ia mematuhi syarat atau peruntukan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.

(2) Jika apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu pengendali berlesen itu tidak mematuhi syarat atau peruntukan yang disebut dalamnya, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu laporan mengenai kegagalan oleh pengendali berlesen itu berserta apa-apa syor oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan laporan itu hendaklah dalam apa-apa bentuk yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Jika, selepas menimbangkan laporan daripada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan syornya, Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran atau pelanggaran yang dibimbangkan akan berlaku itu bersifat serius atau telah menjejaskan atau berkemungkinan akan menjejaskan kepentingan atau keselamatan orang awam, dan pengendali berlesen itu enggan atau tidak mengambil segala langkah yang ternyata perlu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi maksud memastikan pematuhan dengan syarat atau peruntukan yang berkenaan, Menteri boleh membenarkan