Laman ini telah dibaca pruf
130
Undang-Undang Malaysia
Akta 715
Menteri hendaklah meluluskan pembukaan kereta api
103. (1) Tiada kereta api boleh dibuka tanpa kelulusan Menteri, atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
(2) Menteri hanya boleh memberikan kelulusannya bagi pembukaan suatu kereta api setelah diterimanya suatu laporan bertulis daripada orang yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bahawa—
- (a) dia telah membuat pemeriksaan cermat ke atas kereta api itu;
- (b) berat rel, kekuatan jambatan, sifat struktur am kerja-kerja, dan saiz serta muatan kasar maksimum di atas gandar mana-mana stok kereta adalah seperti yang ditetapkan;
- (c) kereta api itu dibekalkan secukupnya dengan stok kereta dan selainnya mematuhi skim kereta api yang diluluskan di bawah seksyen 84 atau 86, dan syarat atau kehendak yang dikenakan berkaitan dengannya; dan
- (d) pada pendapatnya pembukaan kereta api itu tidak akan menyebabkan apa-apa bahaya kepada penumpang atau apa-apa kerosakan kepada barangan yang akan dibawa di atasnya.
(3) Seksyen ini hendaklah terpakai mutatis mutandis—
- (a) bagi apa-apa tambahan atau ubah suaian yang menjadi sebahagian daripada atau berkaitan secara langsung dengan suatu kereta api yang dibina selepas pemeriksaan yang mendahului pembukaan pertama kereta api itu;
- (b) bagi apa-apa pembinaan semula yang menyentuh secara material sifat struktur mana-mana kereta api; dan
- (c) bagi apa-apa ubah suaian, perubahan atau peluasan yang ditetapkan yang lain yang dibuat kepada skim kereta api