Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/126

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
126
Undang-Undang Malaysia
Akta 715

mana-mana tiang, struktur atau kelengkapan lain yang menopangkannya atau yang bersangkutan dengannya,

syarikat kereta api itu boleh menyebabkan pokok itu ditebang atau diperlakukan mengikut apa-apa cara lain yang, pada pendapat Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, akan menghindarkan bahaya itu atau menghapuskan halangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2) Jika suatu pokok menghalang atau mengganggu pemandangan mana-mana isyarat terpasang, suatu syarikat kereta api boleh menyebabkan pokok itu ditebang atau diperlakukan mengikut apa-apa cara lain yang akan menghapuskan halangan atau gangguan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3) Apabila pokok yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2) telah wujud sebelum kereta api itu dibina, atau wayar telegraf, telefon, isyarat, lampu elektrik atau kuasa elektrik itu dibentangkan, atau tiang, struktur atau kelengkapan itu didirikan atau dipasang, atau isyarat itu dipasang, pampasan yang mencukupi hendaklah dibayar oleh syarikat kereta api itu kepada tuan punya atau penduduk tanah tempat terletaknya pokok itu.

(4) Bagi maksud seksyen ini, “pokok” termasuk tumbuhan yang kecil dan rendah.

Notis mengenai penebangan atau penebasan pokok atau hutan yang bersempadanan dengan kereta api

100. (1) Tuan punya atau penduduk mana-mana tanah hendaklah, sebelum menebang atau menebas mana-mana pokok atau hutan yang bersempadanan dengan suatu kereta api, terlebih dahulu memberikan notis bertulis tujuh hari kepada syarikat kereta api itu mengenai hasratnya untuk berbuat demikian dan hendaklah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah bagi perlindungan kereta api itu atau mana-mana tiang telegraf atau telefon yang didirikan di atasnya.

(2) Jika apa-apa kerosakan disebabkan kepada kereta api itu atau mana-mana tiang telegraf atau telefon yang didirikan di atasnya,