Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/127

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
127

syarikat kereta api itu boleh, jika persetujuan tidak dicapai, mendapatkan pampasan daripada tuan punya atau penduduk tanah itu melalui tindakan undang-undang.

Bab 4
Lesen untuk mengendalikan kereta api dan pembukaan kereta api

Permohonan bagi lesen pengendali

101. (1) Tertakluk kepada seksyen 194 dan 195, tiada seorang pun boleh mengendalikan mana-mana kereta api melainkan jika dia memegang suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini.

(2) Suatu permohonan bagi suatu lesen pengendali di bawah seksyen ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan dan apa-apa maklumat dan dokumen yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah, dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tal), mengemukakan suatu syor bertulis kepada Menteri tentang permohonan itu.

(4) Syor bertulis Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyatakan—

(a) sebab-sebab bagi syornya; dan
(b) apa-apa syarat yang pemohon sepatutnya dijadikan tertakluk kepadanya jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mengesyorkan kepada Menteri supaya mengeluarkan lesen pengendali itu.

(5) Menteri boleh setelah mengambil kira dengan sewajarnya syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat itu—