(3) Walau apa pun subseksyen (2), pendua bagi kunci get atau sawar bagi mana-mana lintasan rata kerja boleh diamanahkan oleh pegawai kereta api itu kepada mana-mana orang yang kerap kali menggunakan lintasan rata kerja itu, dan kunci itu hendaklah dipegang simpan dan digunakan oleh orang itu bagi apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan oleh syarikat kereta api itu.
(4) Syarikat kereta api itu boleh, dari semasa ke semasa, menentukan waktu yang sesuai bagi pembukaan get dan sawar bagi mana-mana lintasan rata kerja, dan get atau sawar itu hendaklah dibuka hanya oleh pegawai kereta api yang dengannya kunci get atau sawar itu disimpan pada masa yang ditentukan oleh syarikat kereta api itu.
(5) Seseorang, yang bukan orang yang kepadanya kunci get atau sawar itu telah diamanahkan di bawah subseksyen (3), yang berhasrat untuk menggunakan suatu lintasan rata kerja di luar waktu yang ditentukan di bawah subseksyen (4), hendaklah memberi pegawai kereta api yang dengannya kunci get atau sawar itu disimpan, notis mengenai hasratnya untuk berbuat demikian.
Pembuangan pokok yang berbahaya kepada atau menghalang pengerjaan kereta api
99. (1) Jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpendapat bahawa pada bila-bila masa terdapat bahaya atau bahaya yang disyaki bahawa mana-mana pokok yang terdapat di atas tanah, selain tanah kereta api, mungkin—
- (a) terjatuh ke atas suatu kereta api, atau di atas laluan mana-mana wayar telegraf, telefon, isyarat, lampu eletrik atau kuasa elektrik yang pengerjaannya dikawal keseluruhan atau sebahagiannya oleh suatu syarikat kereta api; atau
- (b) menghalang, mengganggu, atau menyebabkan kerosakan kepada pembinaan atau pengerjaan yang sepatutnya suatu kereta api atau mana-mana wayar telegraf, telefon, isyarat, lampu elektrik atau kuasa elektrik itu atau kepada