Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/112

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
112
Undang-Undang Malaysia
Akta 715

yang mempunyai apa-apa bantahan terhadap pelan dan keratan serta buku rujukan itu supaya menghantar suatu pernyataan mengenai bantahan mereka itu secara bertulis kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam tempoh tiga bulan dari tarikh notis terakhir dalam akhbar itu.

(5) Apabila habis tempoh tiga bulan itu, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mengemukakan pelan dan keratan serta buku rujukan yang disebut dalam subseksyen (2) berserta dengan apa-apa bantahan terhadapnya dan syornya kepada Menteri bagi kelulusan muktamad.

(6) Menteri boleh, selepas menimbangkan pelan dan keratan serta buku rujukan itu dan apa-apa bantahan terhadapnya dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat itu—

(a) memberikan kelulusan muktamad bagi atau menolak skim kereta api itu; atau
(b) jika difikirkannya bahawa pelan dan keratan itu patut dipinda, mengarahkan pemohon supaya menimbangkan semula pelan dan keratan itu dan melaporkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam apa-apa tempoh yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(7) Dalam hal jika perenggan (6)(b) terpakai, Menteri boleh, selepas menimbangkan pindaan yang dibuat kepada pelan dan keratan itu dan dengan mengambil kira bantahan yang dibuat di bawah subseksyen (4) dan syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, memberikan kelulusan muktamad bagi atau menolak skim kereta api itu.

(8) Pelan dan keratan itu, jika diluluskan oleh Menteri, sama ada di bawah perenggan (6)(a) atau subseksyen (7), hendaklah disifatkan sebagai pelan yang didepositkan yang disebut dalam Akta ini.

(9) Menteri boleh, dalam meluluskan mana-mana skim kereta api, mengenakan apa-apa kehendak atau syarat yang difikirkannya sesuai,