Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
111
- (a) pelan dan keratan mengikut skala yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tam) yang menunjukkan jalan dan aras kereta api yang dicadangkan itu dan juga—
- (i) apa-apa pengubahan yang dimaksudkan pada aras air mana-mana terusan atau pada aras atau kadar kecondongan mana-mana jalan atau kereta api yang akan dilintangi oleh kereta api yang dicadangkan itu;
- (ii) apa-apa pelencongan, perluasan atau penyempitan yang dimaksudkan bagi mana-mana jalan, sungai boleh dilayari, terusan atau kereta api;
- (iii) apa-apa pembentangan yang dimaksudkan bagi mana-mana bahagian kereta api yang dicadangkan itu di sepanjang mana-mana jalan; dan
- (iv) apa-apa lintasan yang dimaksudkan bagi landasan kereta api yang dicadangkan itu di atas mana-mana jalan, sungai boleh dilayari, terusan atau kereta api; dan
- (b) suatu buku rujukan yang mengandungi nama tuan punya dan penerima pajak tanah yang mungkin dikehendaki bagi maksud kereta api yang dicadangkan itu.
(3) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menghendaki pemohon supaya mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berkenaan dengan pelan dan keratan dan buku rujukan yang disebut dalam subseksyen (2).
(4) Pemohon hendaklah memberikan notis mengenai pendepositan pelan dan keratan serta buku rujukan itu melalui iklan dalam sekurang-kurangnya tiga terbitan berturut-turut bagi sekurang-kurangnya dua akhbar nasional, yang satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan, yang mempelawa semua orang