dengan mengambil kira syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
(10) Keputusan Menteri untuk memberikan kelulusan atau tidak memberikan kelulusan di bawah seksyen ini hendaklah disampaikan kepada pemohon oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat melalui notis bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
(11) Notis bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah subseksyen (10) hendaklah menyatakan—
- (a) dalam hal apabila kelulusan diberikan, hakikat pemberian kelulusan itu dan kehendak atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (9); dan
- (b) dalam hal keengganan untuk memberikan kelulusan, hakikat keengganan itu dan sebab-sebab bagi keengganan itu.
(12) Seseorang yang melanggar mana-mana kehendak atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (9) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bab 2
Ubah suaian, perubahan atau peluasan yang ditetapkan bagi skim kereta api yang diluluskan
Ubah suaian, perubahan atau peluasan yang ditetapkan bagi skim kereta api yang diluluskan
85. (1) Tiada seorang pun boleh mengusahakan apa-apa ubah suaian, perubahan atau peluasan yang ditetapkan bagi suatu skim kereta api yang diluluskan mengikut seksyen 84—
- (a) tanpa kelulusan Menteri, yang bertindak atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; dan