Pengangkutan Awam Darat dengan merujuk kepada apa-apa maklumat yang terkandung dalam skim kereta api itu, dan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan itu hendaklah dikemukakan dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
(5) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah, dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tal), mengemukakan suatu syor bertulis kepada Menteri tentang permohonan itu.
(6) Syor bertulis Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menyatakan—
- (a) sebab-sebab bagi syornya; dan
- (b) apa-apa syarat yang pemohon patut dijadikan tertakluk kepadanya jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mengesyorkan kepada Menteri supaya memberikan kelulusan.
(7) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kelulusan bagi skim kereta api dan mendeposit pelan, keratan, dsb.
84. (1) Menteri boleh, setelah mengambil kira dengan sewajarnya syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen 83, menolak atau memberikan kelulusan bersyarat bagi suatu skim kereta api.
(2) Jika Menteri memberikan kelulusan bersyarat bagi skim kereta api di bawah subseksyen (1), pemohon hendaklah mendepositkan di pejabat Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk pemeriksaan awam—