Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/109

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
109
(b) laluan dan tempat terminal yang dicadangkan bagi sistem kereta api yang dicadangkan itu;
(c) lokasi terminal, bangunan yang berkaitan, bengkel, depot dan limbung yang dicadangkan;
(d) aspek keselamatan sistem kereta api yang dicadangkan itu, termasuk sistem isyarat dan sistem komunikasi;
(e) struktur kadar yang dicadangkan sebagaimana yang terpakai dan syarat pembawaan lain yang dicadangkan;
(f) penyepaduan yang dicadangkan dengan kereta api lain yang sedia ada atau yang dicadangkan;
(g) jadual siap dan tarikh yang dicadangkan bagi pembukaan kereta api itu;
(h) pengendali berlesen yang dicadangkan bagi kereta api yang akan dibina, jika berlainan daripada orang yang berhasrat untuk membina kereta api;
(i) perihalan aktiviti yang berhubungan, berdampingan atau bersampingan yang dicadangkan untuk diusahakan berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan kereta api itu;
(j) kebolehaksesan sejagat yang dicadangkan dalam semua bahagian yang berkaitan kereta api itu untuk memenuhi kehendak orang kurang upaya; dan
(k) apa-apa perkara lain yang ditetapkan yang akan membolehkan Menteri menilai skim kereta api itu.

(3) Tiap-tiap skim kereta api yang didepositkan di bawah subseksyen (2) hendaklah disertai dengan peta yang menunjukkan laluan yang dicadangkan bagi kereta api itu.

(4) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menghendaki pemohon supaya mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah