dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(4) Menjadi tidak sah bagi mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pegawai Polis, mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan atau mana-mana pegawai pengangkutan awam darat yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk menghendaki orang yang menjaga kenderaan yang berkaitan itu untuk memunggahkan muatan kenderaan yang berkaitan itu bagi maksud menimbangnya tanpa muatan.
Bahagian IV
KERETA API
Bab 1
Skim kereta api
Skim kereta api
83. (1) Tiada kereta api boleh dibina tanpa kelulusan Menteri, yang bertindak atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
(2) Mana-mana orang yang berhasrat untuk membina suatu kereta api hendaklah mengemukakan suatu permohonan bertulis kepada dan mendepositkan dengan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat suatu skim kereta api, yang hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
- (a) jenis dan sistem kereta api yang dicadangkan itu, termasuk jenis atau jenis-jenis dan kuantiti stok kereta yang dicadangkan untuk digunakan di atas kereta api itu, sistem kutipan tambang yang dicadangkan dan sama ada kereta api itu akan digunakan bagi membawa penumpang atau barangan atau kedua-duanya;