tempoh tidak melebihi enam bulan dan, dalam hal sabitan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
(2) Seseorang yang tidak dibenarkan yang mengalihkan atau menyebabkan supaya dialihkan kenderaan yang berkaitan itu dari tempat yang selamat itu melakukan suatu kesalahan dan boleh dalam hal sabitan pertama, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan dan, dalam hal sabitan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
(3) Mana-mana kenderaan yang berkaitan yang telah dialihkan mengikut subseksyen (1), boleh ditahan di mana-mana tempat yang sesuai dan disimpan di situ atas risiko pemunyanya sehingga apa-apa fi yang ditetapkan bagi pengalihan dan penahanan itu dibayar.
(4) Apabila mana-mana kenderaan yang berkaitan ditahan di bawah seksyen ini, pegawai yang menahan kenderaan yang berkaitan itu hendaklah dengan seberapa segera yang munasabah, memberikan notis bertulis mengenai penahanan itu kepada pemunya kenderaan yang berkaitan itu jika nama dan alamat pemunya itu diketahuinya, dan jika kenderaan yang berkaitan itu tidak dituntut oleh pemunyanya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penahanannya, pegawai itu boleh, setelah memberikan notis satu bulan dalam Warta mengenai niatnya untuk berbuat demikian, menjual melalui lelong awam atau selainnya melupuskan kenderaan yang berkaitan itu dan muatannya (jika ada), dengan syarat bahawa tiada notis sedemikian perlu diberikan dalam hal apa-apa muatan yang bersifat cepat rosak.
(5) Hasil, jika ada, daripada penjualan atau pelupusan kenderaan yang berkaitan dan muatannya di bawah subseksyen (4) hendaklah digunakan untuk membayar apa-apa fi yang mungkin kena dibayar berkenaan dengan lesen atau lesen pengendali bagi kenderaan yang berkaitan itu dan apa-apa caj yang ditanggung dalam melaksanakan seksyen ini, dan lebihannya, jika ada, hendaklah dibayar kepada pemunya kenderaan yang berkaitan itu atau jika tidak dituntut oleh