Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/105

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
105

terhadap mana-mana peruntukan yang disebut di bawah subseksyen (1) telah dilakukan dan bahawa kenderaan itu ialah hal perkara bagi kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

(5) Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen (1), kenderaan itu hendaklah dilepaskan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan itu melainkan jika kenderaan itu telah dilepaskan sebelum itu.

Kuasa untuk menyita kenderaan yang berkaitan untuk menghentikan kesalahan diteruskan, dsb.

81. (1) Apabila mana-mana orang didapati atau dipercayai dengan munasabahnya menggunakan suatu kenderaan yang berkaitan berlanggaran dengan Akta ini atau mana-mana perintah, larangan atau sekatan yang dibuat di bawahnya, atau berlanggaran dengan terma lesen atau lesen pengendali bagi kenderaan yang berkaitan itu, mana-mana pegawai polis, mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai pengangkutan awam darat yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila ternyata bahawa kenderaan yang berkaitan itu atau pemandunya tidak dapat dikenal pasti secukupnya atau bahawa tindakan itu adalah perlu untuk menyebabkan kesalahan itu tidak diteruskan, mengambil atau menyebabkan supaya diambil atau menghendaki orang yang menjaga kenderaan yang berkaitan itu untuk membawa kenderaan yang berkaitan itu ke suatu tempat yang selamat, dan kenderaan yang berkaitan itu hendaklah disimpan di situ sehingga dilepaskan oleh perintah Majistret, Ketua Pegawai Polis, Pengarah bagi Pengangkutan Jalan atau Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dengan syarat bahawa dan tertakluk kepada subseksyen (3), kenderaan yang berkaitan itu tidak boleh ditahan lebih lama daripada yang perlu untuk memastikan identiti pemandu itu atau untuk memastikan kesalahan itu tidak diteruskan, dan jika mana-mana orang enggan atau abai untuk mematuhi mana-mana kehendak itu, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh dalam hal sabitan pertama, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama