pengendali yang dikeluarkan di bawah Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh memerintahkan supaya penggunaan kenderaan itu diberhentikan atau kenderaan itu digunakan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk mematuhi Akta ini atau mana-mana syarat lesen atau lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
(4) Seseorang yang berlanggaran dengan subseksyen (1) tidak memberhentikan kenderaan yang berkaitannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(5) Seseorang yang terus menggunakan kenderaan yang berkaitan itu berlanggaran dengan subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kuasa untuk mengadakan sekatan jalan
78. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, mana-mana pegawai polis berpakaian seragam yang diberi kuasa secara bertulis oleh seorang pegawai polis kanan yang berpangkat Inspektor dan lebih tinggi, termasuk seorang Inspektor dalam percubaan, mana-mana pegawai pengangkutan jalan berpakaian seragam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengarah bagi Pengangkutan Jalan atau mana-mana pegawai pengangkutan awam darat berpakaian seragam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, boleh, jika difikirkannya perlu untuk berbuat demikian bagi penguatkuasaan Akta ini, mendirikan atau meletakkan atau menyebabkan supaya didirikan atau diletakkan apa-apa galangan di atas atau melintang mana-mana jalan dalam apa-apa cara yang difikirkannya patut; dan mana-mana pegawai sedemikian boleh mengambil segala langkah yang munasabah untuk menghalang mana-mana kenderaan yang berkaitan daripada dipandu melepasi mana-mana galangan sedemikian, termasuk apa-apa langkah untuk mengejar dan memberhentikan mana-mana kenderaan sedemikian