Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/101

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
101

kenderaan barangan itu dan permohonan itu diluluskan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat secara bertulis, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(4) Seseorang yang menuntut, mengutip atau memegang simpan atau cuba untuk memungut, mengutip atau memegang simpan apa-apa tambang muatan dengan melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Bab 6
Pelbagai: peruntukan penguatkuasaan khusus

Memberhentikan, menahan dan memeriksa kenderaan yang berkaitan

77. (1) Jika mana-mana pegawai polis berpakaian seragam, pegawai pengangkutan jalan berpakaian seragam atau pegawai pengangkutan awam darat berpakaian seragam mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat suatu lesen atau lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Akta ini tidak dipatuhi berkenaan dengan mana-mana kenderaan yang berkaitan, dia boleh menghendaki supaya kenderaan itu diberhentikan dan boleh menghendaki pemandu kenderaan itu supaya memandu kenderaan itu ke suatu tempat lain, dan kenderaan itu boleh, jika perlu, ditahan oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan atau mana-mana pegawai polis yang menjaga suatu balai polis bagi maksud pemeriksaan oleh seorang pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat untuk memastikan sama ada peruntukan Akta ini atau syarat lesen atau lesen pengendali itu telah dipatuhi.

(2) Tiada kenderaan yang berkaitan boleh ditahan di bawah seksyen ini bagi tempoh yang melebihi empat puluh lapan jam.

(3) Jika selepas pemeriksaan kenderaan yang berkaitan itu, didapati bahawa pemegang lesen atau pengendali berlesen itu telah melanggar peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat suatu lesen atau lesen