Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/100

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
100
Undang-Undang Malaysia
Akta 715


(a) pada mula-mulanya, kepada pegawai diberi kuasa pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam untuk memutuskan pertikaian itu;
(b) atas rayuan terhadap keputusan pegawai diberi kuasa pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam di bawah perenggan (a), kepada pegawai pengangkutan awam darat untuk memutuskan pertikaian itu, yang keputusannya adalah muktamad,

dan apa-apa perakuan yang dikeluarkan oleh pegawai diberi kuasa pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau pegawai pengangkutan awam darat, boleh diterima sebagai keterangan.

(9) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi suatu kereta sewa dan pandu bagi pelancong atau mana-mana kenderaan perkhidmatan awam yang digunakan bagi membawa penumpang tanpa sewa atau upah.

Tambang muatan

76. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), tiada seorang pun boleh menuntut, mengutip dan memegang simpan apa-apa tambang muatan berkaitan dengan suatu perkhidmatan kenderaan barangan yang melebihi apa-apa kadar tambang muatan yang ditetapkan di bawah Akta ini.

(2) Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran apa-apa tambang muatan berhubung dengan suatu perkhidmatan kenderaan barangan, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(3) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang seseorang pengendali berlesen perkhidmatan kenderaan barangan daripada mengecualikan mana-mana orang, selain orang yang dikecualikan oleh Menteri di bawah subseksyen (2), daripada membayar apa-apa tambang muatan bagi mana-mana tempoh, jika suatu permohonan bagi pengecualian itu dibuat oleh pengendali berlesen perkhidmatan