di-Pertua Dewan Rakyat, Anggota Pentadbiran, Ketua atau Timbalan Ketua Dewan Rakyat atau Ketua Pembangkang, mengikut mana yang berkenaan;
- (b) berakru dari hari ke hari dan kena dibayar pada hari terakhir dalam tiap-tiap bulan atau mana-mana hari lain dalam bulan yang berkenaan sebagaimana ditetapkan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa.
Pencen dan Ganjaran
8. Seseorang Ahli atau Anggota adalah berhak mendapat apa-apa pencen, ganjaran dan faedah lain sebagaimana ditetapkan dalam Jadual Pertama.
Faedah kemalangan
9. Seseorang Ahli atau Anggota adalah berhak mendapat apa-apa faedah kemalangan sebagaimana ditetapkan dalam Jadual Kedua.
Pengurangan elaun oleh Parlimen
10. Amaun yang dinyatakan dalam atau di bawah Akta ini sebagai amaun bagi apa-apa gaji, elaun atau faedah yang kena dibayar daripada wang diperuntukkan oleh Parlimen dan tidak dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan hendaklah dianggap sebagai amaun maksimum yang boleh dibayar secara itu, dan walau apa pun peruntukan Akta ini atau peruntukan yang dibuat di bawahnya tentang amaun itu, gaji, elaun dan faedah yang kena dibayar dalam sesuatu bulan bagi sesuatu jawatan boleh kurang amaunnya daripada amaun yang dinyatakan atau ditetapkan itu.