(2) (a) Jika seseorang Anggota Pentadbiran ialah ahli Dewan Negara, dia adalah berhak, selain gaji yang dinyatakan dalam subseksyen (1), mendapat elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai ahli Dewan Negara seperti yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(a).
(b) Jika seseorang Anggota Pentadbiran ialah ahli Dewan Rakyat, dia adalah berhak, selain gaji yang dinyatakan dalam subseksyen (1), mendapat elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai ahli Dewan Rakyat seperti yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(b).
(3) Jika seseorang Anggota Pentadbiran dilantik sebagai Ketua Dewan Rakyat, dia adalah berhak, selain gaji yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan elaun bulanan yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(b), mendapat elaun bulanan sebanyak tiga ribu lapan ratus empat puluh enam ringgit dan lima puluh sembilan sen.
(4) Jika seseorang Anggota Pentadbiran dilantik sebagai Timbalan Ketua Dewan Rakyat, dia adalah berhak, selain gaji yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan elaun bulanan yang dinyatakan dalam perenggan 3(1)(b), mendapat elaun bulanan sebanyak satu ribu sembilan ratus lapan puluh tiga ringgit dan sembilan belas sen.
(5) Anggota Pentadbiran adalah juga berhak mendapat apa-apa elaun dan keistimewaan lain mengikut apa-apa kadar dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana ditentukan oleh Jemaah Menteri dari semasa ke semasa.
Permulaan gaji dan elaun
7. Semua gaji dan elaun bulanan yang dinyatakan dalam subseksyen 3(1) dan (2), seksyen 4 dan subseksyen 6(1), (2), (3) dan (4) dan yang kena dibayar hendaklah―
- (a) bermula dari tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini, atau dari tarikh pelantikan atau pilihan, yang mana terkemudian, Ahli Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua atau Timbalan yang