Pergi ke kandungan

Laman:Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237).pdf/17

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Ahli Parlimen (Saraan)
17


(2) Subperenggan (1) juga terpakai bagi orang tanggungan yang menerima pencen terbitan sebelum 1 Januari 2009.

7. (Dipotong oleh P.U. (A) 38/2015)

Orang tanggungan yang layak menerima pencen terbitan dan ganjaran terbitan

8. (1) Pencen terbitan boleh diberi kepada balu atau duda dan anak Ahli atau Anggota yang mati.

(2) Ganjaran terbitan boleh diberi kepada―

(a) orang yang dinyatakan di bawah subperenggan (1); dan
(b) ibu atau bapa tanggungan Ahli atau Anggota yang mati.

(3) Jika tidak ada orang di bawah subperenggan (1) dan (2), ganjaran terbitan sahaja boleh diberi kepada waris kadim kepada Ahli atau Anggota yang mati itu.

(4) Walau apa pun subperenggan (1), jika seseorang balu atau duda berkahwin dengan seseorang Ahli atau Anggota pada bila-bila masa dalam tempoh dua puluh tahun dari tarikh akhir sekali Ahli atau Anggota itu terhenti, balu atau duda itu hanya berhak mendapat pencen terbitan sahaja di bawah perenggan 6 bagi baki tempoh dua puluh tahun itu dan tidaklah berhak mendapat pencen terbitan selepas daripada itu.

(5) Walau apa pun baki tempoh dua puluh tahun yang disebut dalam subperenggan (4), pencen terbitan itu hendaklah hanya dikira dan dibayar mulai 1 Januari 2012.

Pembahagian pencen terbitan atau ganjaran terbitan

9. (1) Pencen terbitan atau ganjaran terbitan boleh dibayar kepada orang di bawah subperenggan 8 (1) dan (2) mengikut apa-apa bahagian sebagaimana difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong dan pencen terbitan itu boleh dibahagikan semula bila-bila masa sahaja salah seorang daripada orang itu mati atau berhenti daripada berkelayakan mendapat bayaran itu.

(2) Jika pencen terbitan dibayar kepada mana-mana orang yang layak di bawah subperenggan 8(1), dan kemudiannya seorang atau lebih orang yang layak membuat tuntutan untuk pencen terbitan tersebut, tarikh bagi pembahagian semula pencen terbitan tersebut ialah satu bulan dari tarikh tuntutan itu dibuat dan apa-apa bayaran yang telah dibuat sebelum tarikh pembahagian semula hendaklah disifatkan menjadi sah dan dibuat oleh Kerajaan dengan sempurna.