Pergi ke kandungan

Laman:Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237).pdf/16

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
16
Undang-Undang Malaysia
AKTA 237


(5) Apa-apa ganjaran yang telah dibayar kepada Anggota Pentadbiran yang ialah Ahli Dewan Rakyat apabila terbubarnya Parlimen hendaklah dipotong daripada ganjaran yang kena dibayar di bawah subperenggan (1).

(6) Ganjaran yang kena dibayar di bawah subperenggan (1) hendaklah berasaskan gaji tertinggi yang didapati oleh Ahli atau Anggota dalam tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sebagaimana yang ditentukan di bawah subperenggan (4).

(7) Apa-apa ganjaran atau award tunai yang telah dibayar kepada Ahli atau Anggota berkenaan dengan apa-apa tempoh perkhidmatan yang dimasuk kira yang ditentukan di bawah subperenggan (4) hendaklah dipotong daripada ganjaran yang kena dibayar di bawah subperenggan (1).

Pencen terbitan atau ganjaran terbitan jika Ahli atau Anggota mati semasa menjadi Ahli atau Anggota

5. (1) Jika seseorang Ahli atau Anggota mati dan layak menerima pencen di bawah perenggan 2 dan ganjaran di bawah perenggan 4, Yang di-Pertuan Agong boleh, di bawah perenggan 8, memberi kepada orang tanggungannya pencen terbitan dan ganjaran terbitan atau ganjaran terbitan sahaja.

(2) Tertakluk kepada perenggan 3, pencen terbitan dan ganjaran terbitan yang kena dibayar di bawah subperenggan (1) hendaklah dihitung mengikut cara yang sama seperti penghitungan pencen di bawah subperenggan 2(2) dan penghitungan ganjaran di bawah perenggan 4.

(3) Tertakluk kepada perenggan 10, pencen terbitan yang diberikan di bawah subperenggan (2) hendaklah dibayar dari tarikh sebaik selepas tarikh kematian Ahli atau Anggota itu.

(4) Dalam hal seseorang yang telah menjadi Ahli atau Anggota pada bila-bila masa pada atau selepas 31 Ogos 1957 dan telah mati dan meninggalkan orang tanggungan dalam erti perenggan 8, orang tanggungan itu boleh, dari tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini, jika mereka tidak menjadi tidak layak di bawah perenggan 10 mulai tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini, diberi pencen terbitan di bawah perenggan 5 atau 6, mengikut mana yang berkenaan, berasaskan gaji orang itu yang diselaraskan dengan gaji Ahli atau Anggota sebagaimana sesuai mengikut peruntukan Jadual ini.

Pencen terbitan jika seseorang mati selepas terhenti menjadi Ahli atau Anggota

6. (1) Tertakluk kepada perenggan 10, mulai 1 Januari 2009, jika seseorang Ahli atau Anggota mati selepas terhenti menjadi Ahli atau Anggota, orang tanggungannya boleh diberi pencen terbitan sebanyak amaun yang sama dengan pencen yang dibayar atau kena dibayar kepadanya.