Terhentinya pencen terbitan
10. Pencen terbitan yang diberi di bawah Jadual ini hendaklah terhenti, jika penerimanya─
- (a) (Dipotong oleh P.U.(A)159/2003);
- (b) seorang anak, apabila dia berkahwin;
- (c) seorang anak, yang apabila atau selepas mencapai umur dua puluh satu tahun berhenti daripada berkeadaan cacat otak atau hilang upaya jasmani dan secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri; atau
- (d) seorang anak, yang apabila atau selepas mencapai umur dua puluh satu tahun berhenti mendapat didikan di suatu institusi pelajaran tinggi tetapi tidak melampaui pelajaran yang menuju ke arah ijazah pertama.
Bayaran sementara jika amaun pencen, dsb. belum lagi ditentukan
11. Jika seseorang Ahli atau Anggota atau orang tanggungannya layak mendapat pencen atau ganjaran di bawah Jadual ini tetapi amaun pencen atau ganjaran itu belum lagi ditentukan sesudah sahaja dia berhenti menjadi Ahli atau Anggota atau apabila dia mati, Yang di-Pertuan Agong boleh membenarkan bayaran sementara dibuat kepada Ahli atau Anggota itu atau orang tanggungannya sementara menanti penentuan itu.
Bayaran pencen
12. Pencen yang diberi di bawah Jadual ini boleh dibayar secara bulanan pada akhir setiap bulan yang pencen itu sampai masanya dibayar atau mengikut apa-apa lat tempoh lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong sama ada secara umum atau dalam sesuatu kes yang tertentu.
Pencen, dsb. tidak boleh diserah hak
13. Pencen atau ganjaran yang diberi di bawah Jadual ini tidak boleh diserah hak atau dipindah milik atau ditahan, diasingkan atau dilevi mengenai sesuatu tuntutan kecuali bagi maksud ─
- (a) menjelaskan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan, Kerajaan sesuatu Negeri atau sesuatu pihak berkuasa berkanun atau tempatan; atau