Pergi ke kandungan

Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/9

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
9
(b) untuk merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Kemubu apa-apa kemajuan pertanian sebagaimana yang diuntukkan padanya oleh Negeri.

(2) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa melakukan segala perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu atau yang bersampingan dengan penjalanan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan kuasa yang tersebut di atas—

(a) menjalankan segala kegiatan yang penjalanannya difikirkan dikehendaki, berfaedah atau mudah untuk atau berkenaan dengan penjalanan fungsinya yang tersebut itu, termasuk membuat, memasang, memproses, membungkus, memeringkatkan dan memasarkan keluaran, penyelidikan dan latihan;
(b) bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mana-mana pihak berkuasa awam, manamana syarikat, mana-mana perbadanan, mana-mana badan atau mana-mana orang atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurus baginya atau selainnya bertindak bersama dengannya atau bagi pihaknya;
(c) memajukan dan menyelaraskan penjalanan kegiatan itu oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan, atau badan atau orang lain;
(d) menubuhkan atau memperbesar, atau memajukan penubuhan atau pembesaran, syarikat, perbadanan atau badan lain untuk menjalankan mana-mana kegiatan itu sama ada kesemua atau sebahagiannya di bawah kawalan Lembaga atau secara bebas;
(e) memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa awam, syarikat, perbadanan atau mana-mana badan atau orang lain yang, pada pendapat Lembaga ada mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana kegiatan itu, termasuk bantuan kewangan dengan mengambil syer atau modal pinjamannya atau dengan memberikan pinjaman atau selainnya;
(f) membeli, menanggung beli atau selainnya memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskannya atas apa-