Pergi ke kandungan

Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/8

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 69


“Lembaga” ertinya Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;

“perbadanan” ertinya perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;

“syarikat” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada “perbadanan” di bawah subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; dan

“Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5.

Bahagian II
LEMBAGA

Lembaga

3. Suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu” ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga mengikut apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

Fungsi Lembaga

4. (1) Fungsi Lembaga adalah—

(a) untuk memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Kemubu; dan