Pergi ke kandungan

Laman:AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU 1972.pdf/10

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 69

apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

(g) menghendaki jabatan, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menjalankan atau bercadang hendak menjalankan pembangunan dalam Kawasan Kemubu supaya mengemukakan laporan yang mengandungi butir-butir dan maklumat sebagaimana yang dinyatakan oleh Lembaga berkenaan dengan kegiatannya atau kegiatan yang dicadangkan olehnya;
(h) melantik ejen atau menubuhkan mana-mana badan lain sebagaimana yang difikirkan patut olehnya bagi maksud menjalankan fungsinya;
(i) mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkan patut olehnya bagi melaksanakan mana-mana kuasa atau fungsinya;
(j) menerima komisen atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui sebagai balasan bagi perkhidmatan yang telah diberikan olehnya;
(k) mengawal selia pembangunan dalam Kawasan Kemubu; dan
(l) melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan patut bagi menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.

Keanggotaan Lembaga

5. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut:

(a) Pengerusi;
(b) Timbalan Pengerusi;
(c) Ketua Pengarah Pengairan dan Saliran atau wakilnya;
(d) seorang wakil Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 [Akta 141];
(e) seorang wakil Bank Pertanian Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Pertanian Malaysia 1969 [Akta 9];