Pergi ke kandungan

Page:Petila Brunei - 1 Julai 1956.pdf/9

Daripada Wikisource
Laman ini telah dibaca pruf

8

itu ditubohkan, Kerajaan akan memberi pinjaman wang sebanyak $ 133.000 kapada perkumpulan tukang2 perak itu, iaitu perbelanjaan yang akan digunakan bagi membena bangunan itu.


HARGA2 BUAH KAWANG DAN LADA

Controller of Customs, Brunei telah menetapkan harga2 buah2 kawang dan lada untok kegunaan mengutip chukai mulai dari 2 July, 1956 adalah saperti berikut:

Buah2 kawang $ 30.75 sapikul; Lada puteh $ 88.39 sapikul dan Lada hitam $ 69.27 sapikul.


KAPAL KERAJAAN BRUNEI YANG BAHARU "M/L BOLKIAH"

Suatu isti'adat menamakan Kapal Kerajaan Brunei yang baharu, "M/L Bollkiah" telah dilangsongkan oleh salah saorang dari dua orang Pemangku2 Raja Negeri Brunei, Duli Pengiran Pemancha di Tambatan Bandar Brunei pada pukol 5 petang hari Ithnin 18 June, 1956 dalam mana Yang Maha Mulia telah memechahkan sabuah botol yang berisi dengan ayer limau kaatas haluan kapal itu.

Diantara ramai orang yang menyaksikan isti'adat tersebut ialah saorang lagi Pemangku Raja, Pengiran Maharaja Laila; Pemangku British Resident Brunei, Mr. E.R. Bevington dan Mem Bevington; Pemangku Penyimpan Wang Negeri, Mr. R.H. Morris dan Mem Morris; Pemangku Penolong Resident Brunei, Mr. G. Lloyd-Thomas dan Mem Thomas; Setia Usaha Sulit kapada British Resident Brunei, Inche' Mohamed Taib bin Awang Besar; Pegawai Daerah Brunei, Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Ahmad bin Daud; Ahli2 Majlis Mashuarat Negeri Brunei dan Ketua2 Pejabat2 Kerajaan.

Salepas dilangsongkan isti'adat tersebut, Yang Maha Mulia Pemangku2 Raja Brunei telah menaikki kapal Bolkiah itu, diturut oleh kesemua ahli2 jemputan dengan didahului oleh Pegawai Marine Negeri Brunei, Captain J.K. Corrigan. Merek telah dijamu dengan minuman teh dan kueh diatas kapal itu sebagai mera'ikan isti'adat yang telah dilangsongkan itu dan kemudiannya mereka dibawa belayar ka keliling Pulai Sibongor di Sungei Brunei.

Kapal Bolkiah itu, panjangnya 110 kaki, adalah mengandongi 5 buah bile2 klas pertama dan 80 tempat2 dudok klas dua. Ia dapat belayar salaju 12 knot pada sajam dan belayar biasa 10.5 knot pada sajam. Kapal itu akan digunakan untok membawa penumpang2 dan surat2 yang dihantar menerusi Pejabat Post diantara Brunei dan Labuan, serta juga akan digunakan utnok memereksa rumah2 api dan pelampong2 dan menggantikan M/V Sultan bilamasa perlu.

Kapal tersebut telah dibawa ka Brunei dari Hongkong oleh Pegawai Marine Negeri, Captain J.K. Corrigan dan 15 orang ahli2 dari Pejabat Marine Brunei. Mereka telah berlepas dari Brunei ka Hongkong dengan kapal terbang pada 24 May yang lalu dan tiba disana pada petang hari itu juga. Kapal itu telah mula belayar keliling Pulau Hongkong pada 28 May, dalam perchobaannya kali yang pertama dan telah belayar ka Brunei pada 1 haribulan June.

48 jam kemudian …