Pergi ke kandungan

Page:Petila Brunei - 1 Julai 1956.pdf/8

Daripada Wikisource
Laman ini telah dibaca pruf

7

RANCHANGAN PELABOHAN MUARA

Dua orang Juru2-tera dari sharikat Code and Partners, iaitu Mr. C.P.B. Redlich dan Mr. Elliot telah tiba di Brunei baharu2 ini untok menjalankan pekerjaan berhubong dengan Ranchangan Pelabihan Muara. Mr. Elliot, saorang dari Juru2-tera yang kanan dari sharikat itu telah menghadziri upachara pembukaan rasmi bendungan ayer yang amat besar di Iraq oleh Raja Negeri Iraq baharu2 ini.

Perlu disebutkan disini bahawa sharikat Juru2-tera tersebut telah bertanggong jawab bagi membena bendungan ayer di Iraq itu, lengkap dengna terusan ayernya dan dapatlah memberi pertolongan yang besara kapada negeri itu yang telah mengalami benchana ayer bah yang sangat merosakkan daripada Sungai Tigris.

Dua buah rumah2 kajang telah dibena di MUara untok Juru2-tera itu, kerana mereka akan berada disini selama beberapa bulan bagi menjalankan penyiasatan2 berhubong dengan Pelabohan Muara.


KERAJAAN BRUNEI MENGALAMI KEKURANGAN BATU

Kerajaan Brunei pada masa ini sedang mengalami kekurangan batu dalam Negeri ini dan tidaklah dapat meneruskan pekerjaan berhubong dengan Ranchangan Perkembangan bagi membena jalan2 raya dan bangunan2, dan Kerajaan sedang berusaha dengan saberapa segera bagi memperoleh batu2 itu.

Oleh kerana kekurangan batu2 itu, pekerjaan2 bagi membena jalan2 raya dan bangunan2 tidaklah dapat diteruskan dan pehak Kerajaan pun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak serta menggendalakan pekerjaan.

Juru2-tera Negeri ini telah memereksa kawasan2 bagi memperolehi batu2 di Batu Gading, di Sungai Baram dan di Sipitang, Borneo Utara, tetapi tidaklah ada sasabuah sharikat contractor pun yang telah membuat permintaan kapada Kerajaan menaksirkan perbelanjaan bagi membawa batu2 itu ka Negeri ini.

Pekerjaan bagi membena jalan2 raya sahaja berkahendakkan sebanyak 1,600 persegi ela batu2 pada sabatu dan Kerajaan berkahendakkan dengan saberapa segera sekurang2 1,000 persegi ela batu2 pada tiap2 bulan dan lebeh banyak lagi daripada batu2 yang dibeli pada masa sekarang.


BANGUNAN YANG BAHARU BAGI TUKANG2 PERAK DI BRUNEI

Sabuah bangunan tiga tingkat bagi tukang2 perak di Negeri ini akan dibena oleh sharikat Sino-Malayan Engineers (Borneo) Limited, di Jalan Roberts, Bandar Brunei dan pekerjaan menanam tiang2 asas bangunan itu sedang dijalankan pada masa ini.

Tukang2 perak di Negeri ini akan menubohkan sabuah perkumpulan yang akan didaftarkan sebagai sabuah pertubohan dibawah Undang2 Pertubohan Negeri Brunei. Satelah perkumpulan

itu ditubohkan, Kerajaan …