Pergi ke kandungan

Page:Petila Brunei - 1 Julai 1956.pdf/10

Daripada Wikisource
Laman ini telah dibaca pruf

9

48 jam kemudian ia telah tiba di Manila, Filipina. Oleh kerana angin tersangat kenchang pada masa itu, ia tidaklah dapat hendak meneruskan pelayarannya dan telah berlaboh di Telok Manila pada pukol 6 petang hari itu.

Meskipun kapal Bolkiah itu telah menchoba hendak belayar ka Brunei pada kaesokan harinya, tetapi oleh sebab chuacha tersangat burok, maka kapal itu tidaklah dapat hendak belayar lagi dan terpaksalah berlabih sahari lagi di Telok Manila.

Akhirnya pada pukol 5 pagi hari kedua ia berada di Manila, ia dapatlah belayar ka Brunei satelah mengisi minyak dan sebagainya di Telok Manila dan telah tiba di Brunei pada pukol 5 pagi hari Ithnin 11 June, dalam mana ia telah belayar 10 knot pada sajam.


KAPAL PERANG H.M.S. DAMPIER TIBA DI BRUNEI

H.M.S. Dampier, iaitu sabuah Kapal Perang Tentera Laut Diraja British yang telah menjalankan pekerjaan mengukor dalamnya perayaran2 di pelabohan2 dan dikawasan2 pantai Brunei samenjak bulan April yang lalu, telah tiba di Sabo Point, Brunei pada pagi hari Ithnin 18 June yang lalu.

Sabuah pasokan mengandongi saorang Pegawai dan delapan orang ahli2 Tentera Laut Diraja British dari Kapal Perang itu telah mendapat di Muara pada pagi hari tersebut dam telah menjalankan pekerjaan menyukat dalamnya Simspon Channel berhadapan Pulau Chermin.

Kapal Perang itu telah belayar ka Miri pada 19 June untok mengambil minyak baig kegunaannya dan telah kembali semula ka Brunei pada 22 June. Sabuah pasokan yang baharu pula telah mendarat di Muara pada hari itu untok menyelesaikan pekerjaan mereka yang dijalankan oleh pasokan yang akan digantinya.

Selat yang baharu dijumpa

Samentara itu kita mendapat faham bahawa Pasokan Penyukat dari Kapal Perang H.M.S. Dampier tersebut telah berjumpa sabuah Selat yang baharu diantara Pulau Chermin dan Pulau Kiangaran yang dapat dilalui oleh kapal2 dengan tidak payah melalui keliling lantera2 laut ("beacons") di Pulau Chermin.

Pasokan tersebut juga telah mengakui benar ketakutan iaitu Selat Simpson itu sedang terkambus.

Selat yang baharu dijumpa itu akan ditanda dengan lantera2 laut dan juga akan ditanda di peta untok kemudahan kapal2. Adalah difahamkan bahawa dengan melalui selat yang baharu itu, kapala2 dapatlah datang ka Brunei terus diantara kedua pulau2 tersebut.

Hal tersebut adalah dianggap memberi sangat keuntongan kapada Negeri ini dan adalah diharap bahawa sabelum ahli2 Tentera Laut Diraja tersebut menyelesaikan pekerjaan menyukat perayaran2 yang ditugaskan kapada mereka, beberapa banyak lagi kenyataan2 dapatlah diperolehi.


KAPAL PERANG PERANCHIS TIBA DI BRUNEI

Sabuah Kapal Perang Peranchis, "Commandant Duboe",

mengandongi 6 orang …