51. (Dipotong oleh G.N. No. 182/1959).
Kelebihan Raja tersimpan
52. Melainkan bagaimana yang tersebut di dalam ini, maka Bahagian ini hendaklah tidak menyentuh kelebihan-kelebihan kuasa dan takluk kuasa Raja.
Penyudahan dan ucapan doa
Demikianlah Bahagian Yang Kedua bagi Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan mudah-mudahan dengan kemegahan junjungan Kita bahawa Tuhan seru sekalian Alam permuliakan Bahagian Yang Kedua daripada Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri ini selama-lamanya, Amin! Ya Rabbal Alamin!
Diperbuat di Istana Balai Besar Kota Bharu pada 25 haribulan Zulhijjah tahun 1375 Hijrah Nabi Sollallahu alaihi Wassallam bersamaan dengan 2 haribulan Ogos, tahun Masihi 1956 iaitu tahun Yang Kedua Belas Kita di atas Takhta Kerajaan.
PADA MENYAKSIKAN pekurniaan dan ketetapan Bahagian ini daripada Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri ini serta persertaan dan persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan, dan Pegawai-Pegawai Melayu Yang Kanan, dan Orang-Orang Besar Negeri ini adalah Kita sekalian menurunkan tandatangan masing-masing di bawah ini: