Pergi ke kandungan

Laman:Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.pdf/78

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan
79


(2) Jika sekiranya Waris itu melanggar syarat-syarat Fasal (1) Perkara ini, maka ia hendaklah disifatkan tidak lagi menjadi Waris dan telah menarik diri daripada Negeri ini, dan daripada hak-hak dan tuntutantuntutannya di atas Negeri ini:

(3) (Dipotong oleh Enakmen A16)

Dengan syarat bahawa Dewan Negeri bolehlah, jika difikirkannya layak, mengadakan kerana perbelanjaan hidup bekas Waris itu, akan elaun yang hendaklah tidak lebih daripada separuh bahagian dan tidak kurang daripada satu pertiga daripada wang yang ditetapkan bagi perbelanjaan hidupnya pada masa ia menjadi Waris; dan mana mana elaun yang seumpama itu hendaklah dikenakan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan.

Melucutkan dirinya daripada menjadi Waris

33. (1) Maka Waris itu bolehlah melucutkan dirinya daripada menjadi Waris dengan kesukaannya sendiri dan melepaskan hakhak dan kuasakuasa dirajanya.

(2) Jika, pada masa melucutkan dirinya daripada menjadi Waris dan melepaskan hak-hak dan kuasa-kuasa dirajanya, Waris itu ada tinggal dalam Negeri ini, maka perbuatan melucutkan dirinya daripada menjadi Waris dan melepaskan hak-hak dan kuasakuasa dirajanya itu, hendaklah diperbuat dengan Surat Cara yang ditandatangani olehnya dan dimeterai dengan Mohor Kerajaan dan Surat Cara itu hendaklah disaksi oleh Yang di-Pertua dan sekurang-kurangnya empat orang ahli lain daripada Majlis Perajaan Negeri yang hendaklah hadir bersama-sama ketika Waris itu menurunkan tandatangan di atas Surat Cara yang tersebut itu:

Dengan syarat bahawa perbuatan melucutkan dirinya daripada menjadi Waris dan melepaskan hak-hak dan kuasa-kuasa dirajanya itu hendaklah disiasat dan disahkan terlebih dahulu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan.

(3) Jika, pada masa melucutkan dirinya daripada menjadi Waris dan melepaskan hak-hak dan kuasa-kuasa dirajanya, Waris itu tidak ada dalam Negeri ini, maka perbuatan melucutkan dirinya daripada menjadi Waris itu hendaklah diperbuat bagi pihak Waris itu dengan Surat Cara yang dimeterai dengan Mohor Kerajaan dan ditandatangani oleh Yang di-Pertua dan sekurang-kurangnya empat