(4) Jika tidak ada keturunan zuriat lelaki daripada Al-Marhum Tengku Long Senik Sultan Mohamed IV atau jika tidak ada manamana seorang keturunan zuriat lelaki daripada Al-Marhum Tengku Long Senik Sultan Mohamed IV, yang difikir berhak, kerana sebab-sebab yang diertikan di dalam Perkara 30, bila dikehendaki dipilih dan dilantik Waris itu, maka mustahaklah dipilih dan dilantik sebagai Waris, manamana seorang di antara keturunan zuriat lelaki daripada AL-MARHUM SULTAN MOHAMED III (SULTAN BONGSU).
(5) Jika tidak ada keturunan zuriat lelaki daripada Al-Marhum Sultan Mohamed III (Sultan Bongsu) atau jika tidak ada manamana seorang keturunan zuriat lelaki daripada Al-Marhum Sultan Mohamed III (Sultan Bongsu) yang difikir berhak, kerana sebabsebab yang diertikan di dalam Perkara 30, bila dikehendaki dipilih dan dilantik Waris itu, maka mustahaklah dipilih dan dilantik sebagai Waris, mana-mana seorang di antara keturunan zuriat lelaki daripada AL-MARHUM SULTAN AHMAD (SULTAN TENGAH).
(6) Jika tidak ada keturunan zuriat lelaki daripada Al-Marhum Sultan Ahmad (Sultan Tengah) atau jika tidak ada mana-mana seorang keturunan zuriat lelaki daripada Al-Marhum Sultan Ahmad (Sultan Tengah) yang difikir berhak, kerana sebab-sebab yang diertikan di dalam Perkara 30, bila dikehendaki dipilih dan dilantik Waris itu, maka mustahaklah dipilih dan dilantik sebagai Waris, mana-mana seorang di antara keturunan zuriat lelaki daripada Al-MARHUM SULTAN MOHAMED II (SULTAN MULUT MERAH).
(7) Tidak boleh siapa-siapa pun dipilih dan dilantik menjadi Waris mengikut syarat-syarat yang terkandung di dalam ini melainkan ia seorang lelaki yang diakui daripada darah yang sejati lagi halal.
Waris meninggalkan Negeri dengan lama
32. (1) Maka Waris tidaklah boleh meninggalkan Negeri Kelantan selama lebih daripada dua belas bulan berturut-turut, mengikut takwim Masihi, dan, jika ia melakukan demikian, maka seorang Pengganti bolehlah dipilih dan dilantik mengikut syarat-syarat Bahagian ini, melainkan jika Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa peninggalan Waris dengan lama itu ada sebab yang cukup dan boleh dimaafkan.