Ahlu 's Sunnah wal Jamaah, daripada darah baik dan diakui sah dan halal peranakannya, serta ada pula pengetahuannya boleh membaca dan menulis bahasa Melayu, dan ada mempunyai nama· baik, fahaman waras, tabiat perangai, budi pekerti dan tingkah laku yang baik dan terpuji.
(2) Setelah seorang itu dipilih dan dilantik di bawah syaratsyarat Fasal (1) daripada Perkara ini menjadi Raja, kemudian daripada itu maka keturunan yang akan berhak menjadi Raja hendaklah putera, cucunda putera, cicitnda putera dan sebagainya daripada sebelah lelaki, dari selapis ke selapis keturunan hingga akhirnya sekali, oleh itu hendaklah tidak dibenarkan sekali-kali dan hendaklah menjadi tidak sah jika dipilih menjadi Raja akan mana-mana orang selain daripada keturunan zuriat Raja yang dipilih dan dilantik seperti yang tersebut dahulu itu di bawah Fasal (1) daripada Perkara ini:
Dengan syarat bahawa keturunan zuriat Raja yang dipilih di bawah syarat-syarat Fasal ini tidak akan berhak, jika ia difikir dan ditetapkan, selepas disiasat dengan sepenuh dan secukupnya oleh Majlis Perajaan Negeri, ada mempunyai beberapa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat Raja, iaitu apa-apa pengidapan yang berkekalan seperti hilang akal, buta, bisu ataupun mempunyai sifat-sifat yang keji yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak menjadi Raja.
Panggilan Majlis Perajaan Negeri kerana memilih dan melantik Raja
10. (1) Apabila berlaku mana-mana satu kejadian yang tersebut di dalam Perkara 9 daripada Bahagian ini maka wajiblah Setiausaha Kerajaan dengan perintah Yang di-Pertua memanggil satu Mesyuarat Perajaan Negeri, yang akan dipersampaikan di alamatnya di dalam Negeri bagi maksud memilih dan melantik seorang untuk menjadi Raja sebagaimana yang disyaratkan di dalam Perkara yang tersebut itu.
(2) Maka wajiblah di atas tiap-tiap seorang ahli Majlis Perajaan Negeri itu hadir pada waktu dan tempat yang dinyatakan di dalam notis yang tersebut itu melainkan ketiadaan hadirnya dimaaf oleh Yang diPertua kerana sebab yang difikirkannya munasabah dan cukup memuaskan.