"Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu" maknanya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu yang ditubuhkan bagi masa itu di bawah mana-mana undang-undang yang bertulis;
"Majlis Penasihat Raja" maknanya ialah sebuah Majlis yang ditubuhkan di bawah syarat-syarat Bahagian ini;
"Majlis Perajaan Negeri" maknanya Majlis Perajaan Negeri yang ditubuhkan di bawah syarat-syarat Bahagian ini;
"Raja" maknanya Sultan dan Raja bagi Kelantan;
"Waris" yang digelarkan di dalam bahasa Inggeris "Heir", maknanya Putera Raja yang menjadi Bakal Raja kepada Takhta dan Kerajaan Kelantan;
"Waris Yang Kedua" yang digelarkan di dalam bahasa Inggeris "Second Heir"; maknanya Putera Raja yang setingkat di bawah Putera Raja yang menjadi Bakal Raja dan sebegitulah Heir Presumptive kepada Takhta dan Kerajaan Kelantan;
"Waris Yang Lain" yang digelarkan di dalam bahasa Inggeris "Other Heir", maknanya seorang Putera Raja yang berhak boleh mengambil tempat sama ada Waris Yang Kedua Second Heir (Heir Presumptive) atau Bakal Raja (Heir Apparent), iaitu, seorang yang boleh menjadi Bakal Raja kepada Takhta dan Kerajaan Kelantan, jika tempat-tempat dan pangkat-pangkat yang demikian itu tiada berisi.
(2) Melainkan di mana pengertian mana-mana perkataan atau sebutan adalah disyaratkan dengan terangnya oleh Bahagian ini atau di mana nasnya berkehendakkan pengertian yang lain, maka Perkara 4 daripada Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian Yang Pertama hendaklah dipakai bagi memberi pengertian kepada Bahagian ini sebagaimana dipakainya bagi memberi pengertian kepada Bahagian Yang Pertama.
(3) Dengan tidak merosakkan apa-apa jua kuasa ulang bicara atau kuasa mengubah keputusan Mahkamah Persekutuan jika dalam sebarang pendakwaan di hadapan mahkamah lain maka jika berbangkit sesuatu hal yang akan terbit daripada apa-apa jua syarat dalam Perlembagaan Negeri maka, Mahkamah Persekutuan,