- (e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja, bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain.
(3) Mana-mana syarat yang lain bolehlah, dengan terkena kepada syarat-syarat Perkara ini, dipinda dengan satu undang-undang dari Badan Undangan, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain.
(4) Sesuatu Rang Undang-Undang kerana membuat pindaan kepada mana-mana syarat daripada Bahagian ini, selain daripada syarat-syarat yang tersebut di dalam Fasal (2), hendaklah tidak dilulus oleh Dewan Negeri melainkan telah disokong pada masa Bacaan-Bacaan Kali Yang Kedua dan Yang Ketiga dengan undiundi yang tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli-ahli daripadanya.
(5) Di dalam Perkara ini "pindaan" termasuk tambahan dan pembatalan.
Pengertian
4. (1) Di dalam Bahagian ini, melainkan nasnya berkehendak pengertian yang lain -
"Ahlu 's Sunnah wal Jamaah" maknanya ialah mazhab Abu Al-Hassan Al-Asha'ri dan Abu Mansoor Al-Maturidi dan orang yang mengikut jejak langkah keduanya;
"Hukum Syarak" maknanya perhimpunan undang-undang yang diketahui di dalam bahasa Inggeris sebagai "Islamic law" atau "the Law of the religion of Islam";
"Kerabat D'Raja" yang akan dipanggil di dalam bahasa Inggeris "Member of the Royal Family", maknanya mana-mana seorang Melayu yang berdarah raja, yang beragama Islam dan keturunan zuriat Long Yunus;