Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei-1 Julai 1957.pdf/4

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

TARIKH2 JAMA'AH HAJI BALEK DARI JEDDAH

JAMA'AH2 Haji dari Brunei, Sarawak, Borneo Utara dan Malaya yang telah berangkat ka-Tanah Suchi pada tahun ini kerana menunaikan : Fardzu Haji akan balek ka-tempat masing2 dengan kapal2 Anking dan Anshun pada tarikh yang di-jadualkan di-bawah:

Kapal Haji yang pertama, m/v Anking akan bertolak dari Jeddah pada 17 July 1957, tiba di-Pulau Pinang pada 29 July dan tiba di- Singapura pada 30 July.

Kapal Anking itu akan bertolak ka-Jeddah semula pada 5 August dan bertolak dari Jeddah ka-Malaya lagi pada 19 Agust. Kapal itu akan tiba di-Pulau Pinang pada 31 August dan tiba di-Singapura pada 1 September.

Bertolak dari Singapura ka-Jeddah lagi pada 7 September dan dari Jeddah ka-Malaya pada 21 September. Tiba di-Pulau Pinang pada 3 October dan tiba di-Singapura pada 4 October.

Kapal m/v Anshun akan berlepas dari Jeddah ka-Malaya pada 8 August, dan akan tiba di-Pulau Pinang pada 20 August dan di-Singa- pura pada 21 August.

******************************

DUA ORANG JAMA'AH2 HAJI BRUNEI MENINGGAL DUNIA

Sahingga tarikh keluaran P. B. ini kita dengan sedeh-nya telah menerima dua berita dari satu puncha yang resmi menyatakan dua orang dari Jama'ah2 Haji yang telah bertolak dari Brunei pada tahun ini telah meninggal dunia.

Mereka2 itu ia-lah Zauyah bintee Ahmad, berusia 90 tahun dari Kampong Kasat; dan Haji Aspar bin Tasim, berusia 89 tahun dari Kampong Kulapis, di-kawasan Sengkurong.

Zauyah telah meninggal dunia di-Madina pada 22 May 1957, dan Haji Aspar telah meninggal dunia di-Laut Aden sabelum kapal An- shun tiba di-Jeddah pada 12 June 1957.

******************************

NAMA BAHARU UNTOK KADZI BELAIT

Ada-lah di-ma'alumkan untok pengetahuan orang ramai bahawa Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dengan sukachita mengumomkan ia-itu Abang Razali bin Abang Haji Zainuddin, Kadzi bagi Da'erah Belait akan menyandang nama dan gelaran sebagai "SENIOR KADZI".

******************************

HAL EHWAL KEWANGAN MALAYA DAN BORNEO BRITISH

PENGERUSI, Lembaga Pesuroh Jaya Kewangan, Malaya dan Borneo British mema'lumkan baharu2 ini bahawa jumlah wang2 yang telah di- peredarkan pada bulan May dan June tahun ini ada-lah saperti yang yang berikut:

Jumlah wang2 kertas yang di-peredarkan pada 1 June 1957 ia-lah sebanyak $948,961,915.13 sen.

Jumlah duit2 siling......