76
lain kerdjanja. Maka sepandjang djalan itoe bertemoelah orang terlaloe banjak berdoejoen-doejoen berdjalan. Maka adalah masing-masing marika itoe membawa bekal-bekalan dan perijoek dan segala makanannja, seperti orang hendak berlajar lakoenja. Maka adalah adat marika itoe sekalijan berdjalan, baik dalam negeri atau di hoetan, berboentoet-boentoet, saorang di belakang saorang , tijada pernah sahaja lihat, ija berdjalan berbaris-baris ampat lima orang.
Maka bertanjalah sahaja kapada orang-orang itoe: „Hendak ka mana entji-entji ini berdjalan?" Maka djawabnja: „Sahaja hendak pergi mendjaga koeboe radja”. Maka kata sahaja: „Bekal-bekal apa ini dibawa?" Maka katanja: ,,Segala makanan sahaja sendiri". Maka kata sahaja: „Mengapa sendiri membawa makanan? Tijadakah radja memberi?" Maka orang itoe menoendjoekken anak radja itoe dengan isjarat, ija takoet berchabar . Setelah sahaja katahoeï hal itoe , maka kata sahaja: „Tengkoe! berdjalanlah, ada sahaja hendak berhenti di sini sebentar".
Kemoedijan berdjalanlah tengkoe Tamana itoe. Apabila djaoehlah ija , maka kata orang itoe : „ Inilah, toewan! adat Malajoe ini terlaloe anijaja , sahaja sendiri djoega membawa makanan dan anak bini sahaja tinggal di roemah itoe, barangkali makan barangkali tidak. Demikijanlah berboelan-boelan, sehari-hari mengeredjaken pekerdjaän radja dan djikalau tijada pergi , disoeroehnja rampas roemah sahaja dan barang-barang sahaja. Maka djikalau melawan, diboenoehnja lagi didendanja. Maka terlaloelah soeka sahaja sekalijan djikalau orang Poetih datang kamari mengambil negeri ini, bolehlah senang ra'jat dalam negeri ini. Maka