Pergi ke kandungan

Laman:Kesah pelajaran Abdoellah.pdf/31

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
27

Maka tijadalah sabaja jang berdoewa memberi djalan balik itoe, karena tijada dengan sescewatoe sebab.

Kemoedijan apabila dilihatnja sahaja maoe berlajar djoega maka pergilah ija hendak menoempang. Maka tijada djoega maoe tjintjoe itoe membawa, katanja: „Loe gila! Orang boewat bohong sahadja”.

Maka sahaja kadcewapon marahlah akan dija: „Maka sebab baba maka berhenti doewa hari ini. Esok sijapa maoe tinggal, tinggallah; sahaja maoe pergi djoega”.

Maka haripon malam, maka kata baba Ko An: „Boekannja loe orang sahadja Jaki-laki, goewapon laki-laki djoega; marilah pergi ka Kalantan!”

Maka sahaja orangpon soekalah, sebab soedah ija mendapat fikiran itoe. Maka apabila esoknja katanja: ija bermimpi tijada baik malam tahadi berbalik poela hatinja. Maka sebentar itoe Granpripon memboewatlah satoe soerat, katanja dalam soerat itoe: beberapa kali soedah baba Ko An berbalik-balik, sebentar maoe pergi, sebentar maoe poelang. Maka sekali ini ija memberi tanda tangan dengan sebenarnja ija maoe pergi ka Kalantan, tijada boleh balik-balik lagi. Setelah soedah maka diberiken kapadanja meminta tapak tangannja. Ija tijada maoe beri serta katanja: „Loe orang kadoewa maoe memboewat anijaja menindih sahaja saorang”, serta ija berkata dengan marahnja: „Baiklah, tijada sahaja halalken djiwa sahaja, nanti sahaja do’a”.

Kemoedijan hari maka semoewanja orang tertawa menengar itoe. Hata datang poela fikirannja hendak berpindah di sekotji ketjil, katanja: ,Itoe sekotji boleh lekas lari, kalau tijada angin dan kalau bertemee perompak, boleh ladjoe didajoeng".