UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 226
AKTA TAMAN NEGARA 1980
Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan berkenaan dengan penubuhan dan pengawalan Taman Negara dan berkenaan dengan perkara yang berkaitan dengannya.
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Tajuk ringkas dan pemakaian
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Taman Negara 1980 dan hendaklah tertakluk kepada subseksyen (2) dipakai di seluruh Malaysia[1].
(2) Akta ini tidak terpakai bagi Sabah dan Sarawak dan Taman Negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu yang kesemuanya menjadi Taman Negara sebagaimana diperihalkan dalam Jadual Enakmen Taman Negara (Kelantan) [En. 14/1938] dan dalam Jadual Pertama kepada Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939 [En. 2/1938] dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) [En. 6/1358].
- ↑ CATATAN— Pemakaian ke Wilayah Persekutuan Labuan melalui pengubahsuaian- lihat P.U. (A) 187/1984 yang bermula pada 16 April 1984.