Pergi ke kandungan

Laman:Akta Taman Negara 1980 (Akta 226).pdf/6

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
6
Undang-Undang Malaysia
AKTA 226


Tafsiran

2. Dalam Akta ini —

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Hidupan Liar dan Taman Negara yang dilantik di bawah [1]Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 [Akta 76];

“pegawai” ertinya Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang disebut di bawah seksyen 8(1);

“Taman Negara” ertinya sesuatu Taman Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.

Penubuhan Taman Negara

3. (1) Pihak Berkuasa Negeri boleh di atas permintaan Menteri merizabkan mana-mana tanah Negeri dalam kawasan Negeri itu (termasuklah mana-mana kawasan laut) bagi maksud suatu Taman Negara di bawah suatu nama yang akan diberi kepadanya.

(2) Kawasan yang dirizabkan sedemikian itu hendaklah diletakkan di bawah kawalan suatu jawatankuasa Taman Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 7.

(3) Perizaban sesuatu kawasan atau sebahagian darinya di bawah seksyen ini tidak boleh dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Negeri kecuali selepas berunding dengan Menteri.

(4) Apa-apa perizaban tanah di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu dalam Warta dan pemberitahuan itu hendaklah—

  1. CATATAN— Akta ini dimansuhkan oleh Akta Pemuliharaan Hidupan Liar [Akta 716] mula berkuat kuasa pada 28 Disember 2010 – lihat subsekyen 4(1) Akta 716 [P.U.(B) 545/2010].