Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/21

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Racun Makhluk Perosak
21

makhluk perosak telah diisytiharkan di bawah seksyen 28 [1]Akta Institut Piawaian Dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 [Akta 157]—

(a) dalam merumuskan dasarnya yang berhubungan dengan label dan bungkusan racun makhluk perosak itu bagi maksud perenggan (1)(b), Lembaga hendaklah, sebagai tambahan kepada perkara lain, mengambil kira kehendak-kehendak berkaitan penentuan standard dan keperluan atau selainnya menerima pakai mana-mana atau semua kehendak itu; dan
(b) dalam mentaksir dan menentukan kemujaraban dan keselamatan racun makhluk perosak bagi maksud perenggan (1)(c), Lembaga hendaklah sebagai tambahan kepada faktor penentu lain, mengambil kira kehendakkehendak berkaitan penentuan standard, dan boleh menolak untuk mendaftarkan racun makhluk perosak itu jika ia tidak memenuhi mana-mana kehendak itu.

(3A) Bagi maksud subseksyen (1), Lembaga hendaklah mengeluarkan garis panduan mengenai pengelasan racun makhluk perosak.

(4) Walau apa pun subseksyen (1), (2) dan (3), jika suatu permohonan dibuat bagi pendaftaran suatu racun makhluk perosak yang pada masa ini didaftarkan atas permohonan yang dibuat terdahulu oleh seseorang lain, Lembaga hendaklah, apabila dibayar bayaran yang ditetapkan, mendaftarkan racun makhluk perosak itu atas syarat yang sama dengan syarat yang dikenakan ke atas pendaftaran yang sedia ada itu, memberikan suatu nombor pendaftaran kepada racun makhluk perosak itu, dan mengeluarkan kepada pemohon yang kemudian itu suatu perakuan pendaftaran racun makhluk perosak itu.

  1. CATATAN─Akta Institut Piawaian Dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 [Akta 157] telah dimansuhkan oleh Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549]—lihat subseksyen 23(1) Akta 549.