- (j) Ketua Pengarah Perhutanan, Semenanjung Malaysia;
- (k) Pengarah Pertanian, Sabah;
- (l) Pengarah Pertanian, Sarawak;
- (m) Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling; dan
- (n) Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Ahli silih ganti
4. (1) Menteri boleh, berhubung dengan setiap ahli Lembaga, melantik, apabila dinamakan ahli itu, tidak lebih daripada satu orang menjadi ahli silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti ahli itu, mesyuarat Lembaga yang ahli itu sebab tidak dapat hadir kerana apa-apa sebab.
(2) Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga, seseorang ahli silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang ahli Lembaga.
Peruntukan kemudahan oleh Kementerian
5. Kementerian yang bertanggungjawab bagi Lembaga hendaklah menyediakan kakitangan, wang dan kemudahan lain yang perlu kepada Lembaga bagi membolehkannya menjalankan fungsinya.
Perjalanan mesyuarat Lembaga
6. (1) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga yang dihadiri olehnya.
(2) Jika Pengerusi tidak hadir pada sesuatu mesyuarat Lembaga, ahli yang hadir hendaklah memilih seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.